AKTIVITI

LAPORAN AKTIVITI 2014-2015

Majlis Pelancaran buku tulisan Rehman Rashid: Small Town: A Personal Tribute to Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

PESTA SENI ANTARABANGSA

KUALA KUBU BHARU 2016

Lukisan karya A. Patnaik, pelukis dari India dihasilkan semasa Festival Seni Antarabangsa Kuala Kubu Bharu 2016

Laman Web Festival:
http://kkb-i-artfest.com/

 

BUKU CENDERAMATA
PESTA KESENIAN ANTARABANGSA KUALA KUBU BHARU

 

PESKUBU walaupun baru ditubuhkan tapi telah berjaya menemui dan mengumpulkan fakta-fakta serta bahan-bahan sejarah yang sangat pentingkepada Kuala Kubu antaranya:

  • Mengenalpasti peta empangan Kuala Kubu yang pecah circa tahun 1883.
  • Mengenalpasti lokasi empangan yang pecah.
  • Memperolehi salinan peta kuala kubu tahun 1875.
  • Memperolehi salinan peta lakaran kuala kubu tahun 1883
  • Memperolehi salinan peta Kuala Kubu Lama tahun 1920an.
  • Memperolehi salinan peta Kuala KubuBharutahun 1926.
  • Mengenalpasti sempadan kawasan bandar Kuala Kubu lama yang tertimbus akibat siri banjir.
  • Mengenalpasti  mercu tanda lokasi Kuala Kubu yang tertimbus.
  • Mengenalpasti lokasi pekan Hulu Selangor (nama asal Kuala Kubu sebelum tahun 1880an)
  • Membahagikan fasa sejarah Kuala Kubu kepada tiga era ( prior to 1883, 1883-1931, 1931 to present)
  • Mengumpulkan salinan keratan-keratan akhbar mengenai Kuala Kubu dari tahun 1883 hinggatahun 1931.
  • Mengumpulkan koleksi fotograf mengenai Kuala Kubu Lama.
  • Memperolehi  salinan dokumen perlantikan Cecil Ranking sebagai Collector and Magistrate 1883.
  • Memperolehi salinan journal kerja Cecil Ranking sebagai Collector and Magistrate 1883.
  • Memperolehi salinan laporan kepada Residen British berkenaan kematian penduduk Kuala Kubudan Cecil Ranking akibat tragedi empangan pecah 1883.
  • Memperolehi salinan arahan telegram dari Residen kepada William Ranking, Auditor Perak iaitu adik kepada Cecil Ranking 1883.
  • Memperolehi salinan nota atau kenyataan akhbar  kepada surat khabar  mengenai pecahnya empangan dan kematian Cecil Ranking 1883,
  • Memperolehi salinan dokumen Inquest atas kematian Cecil Ranking yang ditandatangani oleh Cameron, Penghulu Garang dan Kapitan China Kuala Kubu 1883.
  • Mengenalpasti Kapitan China Kuala Kubutahun 1883.
  • Memperolehi salinan dokumen pemberian elaun kepada Raja Sedia, ibu kepada Syed Mashor 1883.
  • Ada banyak lagi penemuan yang  tidak disenaraikan di sini…

contohnyabuku ‘Camping and Tramping in Malaya’ terbitantahun 1890an yang memuatkan satu bab mengenai kualakubu…..

  • Senarai pencapaian PESKUBU ini tidak termasukaktiviti-aktiviti seperti kerjasama dengan UM, menjayakan ‘lukisan terukur’, siri temuramah terakam dengan warga emas yang pernah hidup dizaman Kuala Kubu Lama etc……