Latar Belakang Kuala Kubu (1860 – 1883)

Sehingga akhir kurun ke-19 nama-nama Ulu Selangor dan Kuala Kubu digunakan saling tukar-menukar (tanpa sebarang perbezaan)[1] Kedua-dua nama mi adalah digunakan untuk merujuk kepada pekan dan juga untuk daerah. Untuk mengelakkan sebarang kekaburan, difikirkan sesuai dan wajar untuk kajian ini bahawa Kuala Kubu akan dirujuk kepada bandar atau pekan, manakala Ulu Selangor adalah nama rujukan bagi daerah yang berkenaan.

 

Pekan  Kuala Kubu terletak di Kuala Kubu Sungai Kubu[2] sebuah anak sungai kepada Sungai Selangor. Asal-usul nama Kuala Kubu adalah bermula sejak awal kurun ke-19.[3] Dipercayai bahawa sebuah kubu pertahanan telah didirikan di Kuala Sungai Kubu yang kemudian asas pekan Kuala Kubu. Berhampiran dengan pekan Kuala Kubu terdapat beberapa buah bukit, iaitu, Bukit Kutu dan Bukitk Bujang.[4]

 

Sungguh pun Kuala Kubu cuma dicatit di dalam sejarah bertulis pada pertengahan kurun ke-19, namun pekan ini sudah wujud lebih awal daripada itu. Penduduk-penduduk pertama adalah Orang Asli[5] Kuala Kubu kemudian didiami orang Melayu, termasuk orang Rawa dan Mendailing.[6]  Mereka telah menetap di sini sejak kurun ke-18 iaitu lebih 100 tahun sebelum kemasukan pemerintahan Inggeris ke Ulu SeIangor.[7] Orang Melayu berhijrah ke Kuala Kubu melalui jalan sungai dan juga jalan darat. Sejak pembukaan Kuala Selangor sebagai pusat pemerintahan negeri Selangor pada tahun 1766,[8] didapati Sungai Selangor turut menjadi jalan perairan yang sangat penting. Barangan keluaran dan sekitar lembah sungai ini dihantar melalui jalan perairan ke Kuala Selangor. Dengan yang demikian tidak dapat dinafikan bahawa pada pertengahan kurun ke-18 sudahpun wujud perhubungan perdagangan di antara pantai barat negeri Selangor dengan kawasan pendalaman seperti Kuala Kubu, Pertumbuhan kampung-kampung di sekitar Lembah Sungai Selangor dan hulunya, di Kuala Kubu, sehingga Kuala Selangor amat pesat. Hakikat ini dapat dilihat dengan jelas dalam peta ekonomi negeri Selangor bagi tahun 1820 yang terdapat dalam kajian John Anderson.[9]

 

Orang Melayu dan Ulu Pahang juga datang untuk menetap di Kuala Kubu (dengan menggunakan jalan darat) melalui jalan Genting (Jalan ini diketahui ramai sebagai Gap). Perhubungan jalan darat ini memang sudah diketahui lama kerana semasa Perang Saudara di Negeri Selangor, angkatan perang dari Pahang menggunakan jalan ini untuk masuk menyerang pasukan Raja Mahadi dan Sayyid Masyhor yang membuat kubu pertahanan mereka di Kuala Kubu pada tahun 1860-an dan 1870-an.

 

Sebelum pemerintahan Inggeris diperkenalkan di Kuala Kubu pada tahun 1883, ramai orang dari Ulu Pahang pernah datang ke Kuala Kubu untuk menetap ataupun untuk mencari rezeki. Hakikat ini dapat dibuktikan kerana Raja Impi dari Ulu Pahang pernah membuat permohonan kepada Pemungut dan Majistret (Collector and Magistrate) Hulu Selangor supaya orang Pahang dibenarkan masuk Kuala Kubu dan juga daerah Ulu Selangor. Dalam suratnya, Raja Impi memohon,

 

Supaya boleh sahabat beta (Pemungut dan Majistret) menerima mana-mana orang Pahang turun mencari hal kehidupannya di dalam negeri Selangor, maka beta pun sangatlah suka hati dan beta banyak terima kasih daripada sahabat beta supaya bolehlah senang orang-orang beta sendiri turun ke Selangor.[10]

 

Satu lagi aspek penting tentang pekan Kuala Kubu ialah kedudukannya yang amat stratejik. Ia merupakan pintu gerbang keluar masuk ke negeri pahang di sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu. Sebelum tahun 1883, jalan dari Ulu Pahang, melalui Kuala Kubu, ke Kuala Lumpur dan Singapura biasa digunakan. Sejak kemasukan pemerintahan Inggeris di Kuala Kubu, didapati bahawa pihak Inggeris telah mengenakan sekatan di atas jalan ini. Mereka terpaksa membuat demikian untuk menghalang kemasukan penjenayah-penjenayah dan orang-orang yang mengidap penyakit ke Kuala Kubu dan Ulu Pahang.[11] Langkah-langkah ini dapat dilihat sebagai satu usaha oleh pihak Inggeris untuk mengekalkan ketenteraman awam dan juga megelakkan merebaknya wabak di pekan Kuala Kubu.
Didapati undang-undang baru ini dikuatkuasakan dengan ketat. Dakwaan ini dapat dibuat memandangkan kepada surat yang terpaksa dibuat oleh Raja Impi kepada Pemungut dan Majistret di Kuala Kubu supaya dua utusan darinya dapat diberi kebenaran untuk melalui Kuala Kubu dalam perjalanan mereka ke Singapura dan Kuala Lumpur. Dalam suratnya, Raja Impi menyebut tentang tujuan kedua-dua utusannya itu seperti yang berikut:
Beta (Raja Impi) punya orang sendiri namanya Gondah maka beta banyak harap akan pertolongan sahabat beta boleh melepaskan orang beta ini kerana beta ada susah sedikit dengan segeranya kepada beta punya Abang, iaitu Raja Ismail dan lagi ada satu surat beta kepada Superintenden di Kuala Lumpur.[12]

 

Untuk menguatkan permohonannya itu, Raja Impi juga mengesahkan dalam suratnya bahawa “penyakit cacar di dalam Pahang sudah berhenti”.[13] Didapati surat ini telah menyakinkan pihak lnggeris kerana arahan baru dan Pemangku Residen telah dikeluarkan yang berbunyi:

 

Any migrants other than criminals, whether from Pahang or elsewhere, are free to enter and settle in Selangor.[14]

 

Gullick mendakwa bahawa bijih timahlah yang merupakan satu-satu hasil yang menarik orang ke Negeri Selangor.[15] Kekayaan Negeri Selangor berpunca dari mengeksport bijih yang diperolehi dan kawasan-kawasan perlombongan di pendalaman negeri itu. Pada kurun ke-18, Kuala Kubu dan jajahan Ulu Selangor merupakan kawasan yang penting sebagai pengeluar bijih timah. Pelombong-pelombong awal ini adalah terdiri daripada pendatang-pendatang dari Pulau Sumatera, iaitu Mendailing, Rawa, Batu Bahara[16] dan juga orang Melayu Ulu Pahang.

 

Pada zaman ini pelombong-pelombong awal di Kuala Kubu sudah pun melombong bijih timah dengan cara melampan. Pada pertengahan kurun ke-18, mereka telah membina sebuah empangan besar yang melintasi Sungai Kubu.[17] Empangan ini digunakan untuk menyekat pengaliran air sungai supaya dapat diadakan satu kolam yang amat besar di bahagian hulu sungai. Apabila air dalam kolam itu sudah melebihi paras empangan, maka ianya mengalir turun empangan sebagai air terjun. Dengan demikian air sungai dari bahagian bawah empangan itu mengalir dengan deras.

 

Dalam teknik melampan itu, tanah di sekitar tebing sungai yang mengandungi bijih timah digali dan dimasukkan ke dalam sungai di bahagian bawah empangan. Arus sungai yang deras itu dapat mengikis dan mengasingkan tanah dan pasir dibawa oleh arus sungai manakala ketul-ketul bijih timah yang berat itu mengendap ke dasar sungai. Bijih timah inilah yang kemudian disuduk dengan meuggunakan dulang oleh pelombong-pelombong Melayu awal itu. Di sini dapat dilihat kemahiran dan dayacipta pelombong-pelombong Melayu awal menggunakan tenaga arus sungai untuk menjalankan perusahaan perlombongan mereka.

 

Selain daripada melampan bijih timah, ada juga mereka yang memungut hasil dari hutan dan ada yang membuat arang.[18] Terdapat juga orang-orang yang bercucuk tanam sayur-sayuran dan ada beberapa orang penduduk lain yang mempunyai dusun dan pohon buah-buahan.[19] Sebelum kedatangan pihak Inggeris, cukai telah dipungut oleh pembesar-pembesar Melayu di atas barangan import dan eksport di Kuala Kubu [20] Perdagangan di antara Kuala Kubu dengan Kuala Selangor adalah dibawah monopoli saudagar-saudagar Bugis.

 

Sejak tahun 1681, didapati pertempatan-pertempatan orang-orang pembesar Bugis yang berpengaruh dan kaya telah didirikan untuk mengawal keluar masuk barangan dan orang di muara Sungai Klang dan Sungai Selangor.[21] Kawasan sekeliling Kuala Kubu terdiri daripada bukit bukau dan keadaan fisikal begini tidak sesuai untuk tanaman padi. OIeh itu Kuala Kubu perlu mendapat bekalan beras dari luar. Keperluan ini dapat dilihat dengan jelas selepas bah besar yang melanda Kuala Kubu pada hujung bulan November 1883; penduduk-penduduknya hampir menghadapi kebuluran kerana tiada bekalan makanan lain terdapat di Kuala Kubu. Pihak Residen Selangor terpaksa menghantar lima pikul beras sebagai bantuan segera ke Kuala Kubu.[22]

 

Adalah dipercayai bahawa pelombong-pelombong China berhijrah masuk ke Ulu Selangor dan Kuala Kubu pada pertengahan kurun ke-19.[23] Kawasan perlombongan mereka bukan sahaja di sekitar Kuala Kubu tetapi termasuk juga Peretak dan Sangka Dua yang berdekatan dengan sempadan negeri Pahang. Penumbuhan pekerja China di Kuala Kubu amat pesat sekali. Hal ini dapat diperlihatkan dari hasil yang diperolehi melalui Sistem Pajak (Revenue Farm) bagi tempoh masa diantara 1884 dan 1886. Jumlah perolehan bagi tempoh biasa ini agak besar, iaitu sebanyak $8,520.00 dan terus meningkat dengan pesat.[24] Banci penduduk di Ulu Selangor pada tahun 1887 menunjukkan bahawa penduduk China melebihi penduduk-penduduk lain dengan 3,189 orang, atau hampir 50 peratus dari jumlah penduduk bagi daerah ini.[25]

 

Dalam Perang Saudara Selangor, kubu pertahanan di Kuala Kubu telah digunakan oleh Raja Mahadi dan Sayyid Masyhor ketika berperang dengan Tengku Kudin. Sayyid Masyhor menjadikan Kuala Kubu sebagai markasnya. Angkatannya terdiri daripada orang Mendailing dan Rawa dan pelombong China. Kesesuaian dan kepentingan kubu Sayyid Masyhor di sini telahpun menjadi satu kenyataan akibat serangan Tengku Kudin ke atas tempat ini pada tahun 1871. Tengku Kudin, dengan bantuan orang China di bawah Chung Piang, melancarkan beberapa serangan ke atas Sayyid Masyhor, tetapi tidak dapat menembusi kubu pertahanan itu.[26] Sungguhpun demikian, campurtangan angkatan Pahang, yang menyebelahi Tengku Kudin akhirnya telah menyebabkan Kuala Kubu jatuh ke tangan Tengku Kudin.

 

Angkatan Pahang yang diketual oleh Haji Muhammad Nor telah menawan Kuala Kubu pada pertengahan tahun 1873. Sayyid Masyhor dan beberepa orang pengikutnya melarikan diri ke Perak. Buat sementara waktu Kuala Kubu dan jajahan Ulu Selangor terletak di bawah kawalan negeri Pahang. Tengku Kudin, walaupun berjaya dalam Perang Saudara Selangor ini, terpaksa menggadaikan sebahagian negeri Selangor ini untuk membayar balik Bendahara Wan Ahmad perbelanjaan yang telah dikeluarkan olehnya dalam masa perang saudara itu. Dengan yang demikian Tengku Kudin telah berunding dengan Bendahara Wan Ahmad agar Haji Muhammad Nor mentadbir Ulu Selangor dan juga memungut cukai bagi pihak Bendahara Wan Ahmad.[27]

 

Kekalahan Sayyid Masyhor membawa kesan-kesan yang amat buruk ke atas penduduk Kuala Kubu. Lebih kurang 500 orang Melayu Rawa yang diketuai oleh Sultan Bengkulu menyerah diri kepada Haji Muhammad Nor, pemerintah Kuala Kubu selaku wakil Bendahara Wan Ahmad.[28] Ketua-ketua lain dalam angkatan Pahang, seperti Wan Muhammad dan To’ Muda Sentul melakukan banyak kekejaman ke atas penduduk Kuala Kubu. Ramai orang Melayu Rawa dibunuh dan anak perempuan mereka dibawa ke negeri Pahang untuk dijadikan hamba. Juga banyak harta benda orang Rawa dirampas. Wan Muhammad telah juga mendenda semua penduduk di Ulu Selangor jika ditempat-tempat mereka itu ada terjumpa kubu-kubu perang.[29] (Satu lagi kesan perang ialah ramai orang Pahang telah menetap di Kuala Kubu.)

 

Pada tahun 1875, Tengku Kudin mengambil langkah-langkah tertentu untuk membebaskan Ulu Selangor dari cengkaman Pahang. Setelah berunding dengan Gabenor Inggeris di Singapura, Tengku Kudin menghantar kepada Bendahara Wan Ahmad timah bernilai tiga ribu ringgit dan juga membuat pengakuan bahawa beliau (Tengku Kudin) akan menghantar ke Pahang enam bahara[30] timah tiap-tiap bulan sehingga hutang dahulu itu diselesaikan, Walaupun Tengku Kudin menunaikan janji-janji ini, didapati Bendahara Wan Ahmad masih enggan menarik balik wakilnya dari Ulu Selangor.

 

Dua sebab boleh diutarakan yang mungkin menyebabkan Bendahara Wan Ahmad menaruh minat terhadap Ulu Selangor. Yang pertama ialah sebab ekonomi. Sudah diketahui umum bahawa jajahan Ulu Selangor adalah sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah. Sekiranya Pahang dapat mengekalkan kekuasaannya ke atas Ulu Selangor, sudah tentu hasil bijih timah itu akan membawa kekayaan kepada negeri Pahang. Sebab yang lain ialah mengenai perhubungan rapat yang wujud di antara Ulu Pahang dengan Ulu Selangor sejak awal kurun ke-18. Hakikat ini mendorong Bendahara Wan Ahmad untuk meneruskan pemerintahannya di Ulu Selangor. Pada akhirnya, Frank Swettenham, selaku Timbalan Residen Selangor, terpaksa melawat Bendahara Wan Ahmad di Pekan untuk menasihatkan beliau supaya menarik balik wakilnya dari Ulu Selangor.[31]

 

Pada tahun 1883 Ulu Selangor masuk di bawah pemerintahan Inggeris apabila seorang Pemungut dan Majistret bernama Cecil Ranking dilantik di Kuala kubu untuk mentadbir jajahan Ulu Selangor.

[1] Selepas tahun 1883, nama rasmi pekan itu adalah Kuala Kubu, walaupun nama Iainnya, Ulu Selangor masih digunakan dalam peta-peta Malaya di antara 1887 dengan 1893. Lihat A.B. Rathborne, “Camping and Tramping in Malaya”, (London, 1898) yang dicetak semula dalam JMBRAS, 28, (4), 1955, hIm. 151-160.

 

[2] Lihat seperti ditunjukkan di dalam peta, Lampiran I.

 

[3] Selangor sebagai sebuah kerajaan hanya berusia 200 tahun sahaja. Justeru, sejarahnya bermula sejak kurun ke-18, Lihat J.M. Gullick, A History of Selangor, (Singapore, Eastern Universities Press, 1960), hIm. 13.

 

[4] Bukit Kutu adalah tinggi kira-kira 3,300 kaki. Di antara akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20, Bukit Kutu dijadikan bukit peranginan bagi pegawai-pegawai laggeris. Tempat ini sangat menarik kepada mereka kerana hawanya sejuk dan kawasan sekelilingnya mempunyai pemandangan sangat indah. Di sebelah timur bukit ini kelihatan gunung-gunung yang menghijau di negeri Pahang dan ke barat dapat kelihatan Kuala Selangor. Lihat “Bukit Kutu” dalam The Selangor Journal, Vol.4.
[5] Sehingga hari ini terdapat perkampungan Orang Asli di Kuala Kubu Iengkap dengan kemudahan-kemudahan asas termasuk sebuab sekolah rendah untuk kanak-kanak Orang Asli.

 

[6] Orang-orang Mendailing dan Rawa adalah orang Sumatera yang telah berhijrah ke Kuala Kubu untuk membuat penempatan di sini. Lihat J.M. Gullick, op.cit., hlm. 67 dan W.Linehan, A History of Pahang, Kuala Lumpur, MBRAS. 1936, him. 98.
[7] Kurun ke-18 ditetapkan berdasarkan surat J.W. Bristow kepada Residen Selangor, bertarikh 12.11.1883, dalam SSF, KL./1708/83, Arkib Negara Malaysia. Dalam surat ini telah dinyatakan tentang Empangan yang roboh pada akhir tahun 1883: “It (Empangan itu) is said to have been made by Malay miners more than a
hundred years ago”.

 

[8] Pada tahun 1766, seorang pembesar Bugis, Raja Lumu tehah dilantik Sultan Selangor pertama dengan gelaran, Sultan Salehuddin Shah. Lihat Barbara Watson Andaya, “The Installation of the First Sultan of Selangor in 1766’ JMBRAS, Jid. XLVII (1), 1974

 

[9] Lihat peta dalam Lampiran II. Peta ini disalin dan J.M. , Gullick, op.cit., him. 40-41. Ia mengandungi butir-butir berasaskan kepada buku John Anderson, “Political and Commercial Consideration relative to the Malay Peninsular and the British Settlement in the Straits of Malacca, 1824’, JMBRAS, XXXV, Dh, IV, 1962.

 

[10] Surat dalam tulisan Jawi dan Raja Impi bin Al-Marhum Raja Abdullah kepada McCarthy, “Collector and Magistrate”, Kuala Kubu, Uhu Selangor, bertarikh 28.3.1884, dalam SSF, US/603/84. Nama Raja Impi ada juga dieja “Impey’, tetapi saya Iebih suka menggunakan “Impi” kerana transliterasi bunyi vokal dari jawi ke tulisan rumi adalah ‘9”.

 

[11] Sebab-sebab ini tersirat dalam surat “Collector and Magistrate”, Ulu Selangor, ke Residen Selangor, bertarikh 28.3.1884, dalam SSF U.S. 119/84, Arkib Negara Malaysia.

 

[12] Surat dan Raja Impi bin Al-Marhum Raja Abdullah kepada McCarthy, “Collector and Magistrate”, Kuala Kubu, bertarikh 28.3.1884, dalam SSF, US/603/84, Arkib Negara Malaysia

 

[13] Ibid.

 

[14] Dalam minit dari Pemangku Residen ke “Collector and Magistrate”, Ulu Selangor, bertarikh 27.4.1884, dalam SSF US 801/84, Arkib Negara Malaysia

 

[15] J.M.Gullick, op.cit., hlm. 26.

 

[16] Ibid. hlm. 26. Pada masa ini ramai orang Melayu Kuala Kubu yang mendakwa diri mereka sebagai penduduk asal, terdiri daripada orang Rawa dan Mendailing.

 

[17] Mengikut laporan bertarikh 12.1 1.1883, oleb L.W. Bristow, selaku pemangku ‘Collector & Magistrate” dikatakan bahawa empangan itu telah dibina “more than a hundred years ago”. Lihat surat J.W. Bristow kepada Residen British, bertarikh 12.11.1883, him. 2 dalam 8SF, K.L./1708183

[18] Pemungut dan Majistret yang pertama, Cecil Ranking, menerima daripada Penghulu Garang wang sebanyak $29.00 sebagai cukai yang dikutip olehnya di atas lesen pembuatan arang. Lihat Journal Rasmi “Collector and Magistrate”, Ulu Selangor, bertarikh dari 11-31 Mei, 1883, dalam 5SF. USI78O/83.

 

[19] Lihat surat Cecil Ranking kepada Residen Selangor, bertarikh 28-7-1883, dalam 8SF, US/1115183

 

[20] Penghulu Garang memungut cukai, misalnya di atas lesen perusahaan pembuatan arang sebelum kedatangan “Collector & Magistrate: Inggeris. Lihat Journal rasmi “Collector & Magistrate’, Ulu Selangor, dari 11 Mei hingga 31 Mei, 1883, dalam SSF, US1780183.

 

[21] J.M. Gullick, op.cit, hlm. 16.
[22] J.W. Bristow dalam “Report on Ulu Selangor”, yang dihantar kepada Pemangku Residen Selangor, bertarikh 3-11-1883 dalam SFF, US/171O/83.

 

[23] Petempatan orang China yang awal sekali di negeri Selangor ialah Lukut pada tahun 1820-an. Pada satu malam, bulan September, 1834, seramai 400 orang pelombong China memberontak lalu membunuh secara beramai-ramai orang Melayu. Tidak lama selepas itu orang Melayu pula menyerang orang China. Akibat daripada ini ramai pelombong China telah berhijrah ke lain-lain kawasan di dalam negeri Selangor. Lihat J.M. Gullick, op.cit, hlm. 44-45. Pada tahun 1870, Chong Chong dan Sayyid Masyhor dapat mengumpulkan angkatan mereka yang terdiri daripada 2,500 orang China dan Melayu di HuIu Selangor. Ini bermakna orang China sudah pun tinggal di Kuala Kubu sebelum bermulanya Perang Saudara Selangor. Lihat haji Buyong bin Adil, Sejarah Selangor, (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971) hIm. 83-84,
[24] Di antara tahun 1887-1889, perolehan cukai dari Revenue farm naik berganda dua kali, iaitu $8,250.00 (bagi tempoh 1884-1886) kepada $16,260.00 (bagi tempoh 1887-1889). Selaugor Annual Report, hlm. 5

 

[25] Selangor Annual Report, 1587, him. 23. Banci penduduk bagi Ulu Selangor pada tahun yang berkenaan adalah seperti yang berikut: Orang Eropah: 15 orang Orang Melayu: 2,912 orang; Orang China: 4,391 orang; Orang India: 142 orang; Orang Asli: 120 orang. Jumiah penduduk adalah 7,580 orang.
[26] Haji Buyong bin Adil, op. cit., hlm. 98.

 

[27] Pada akhirnya hanya sedikit wang sahaja yang diperolehi dari cukai sampai ke tangan Bendahara Wan Ahmad. Justeru, pada tahun 1875, Bendahara Wan Ahmad minta Tengku Kudin sebanyak $20,000.00 untuk menampung kekurangan pendapatan dan Ulu Selangor. Lihat W. Linehan, op. cit., hIm. 100.

 

[28] Haji Buyong bin Adil, op.cit., hlm. 130.

 

[29] Ibid., hlm. 131.

 

[30] Satu bahara adalah lebih kurang 400 paun beratnya.

 

[31] W. Linehan, op.cit., hlm. 100.