MENGENAI KAMI

PERSATUAN SEJARAH KUALA KUBU (PESKUBU)

 

Kami adalah organisasi non-profit yang komited dalam kajian serta sumbangan kepada sejarah Kuala Kubu, seni dan budaya.

 

Pada 20 April 2014, Persatuan Sejarah Kuala Kubu (PESKUBU) telah didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran

PPM-002-10-20042014 beralamat di:

PERSATUAN SEJARAH KUALA KUBU SELANGOR
JKR 111, JALAN SYED MASHYUR, KUALA KUBU,
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR.

 

AKTA PERTUBUHAN 1966
PERATURAN-PERATURAN PERTUBUHAN 1984

 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

Matlamat penubuhan PESKUBU ialah untuk mengumpul, membuat penyelidikan, dan menyebarkan susur galur sebenar sejarah Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya serta memisahkan di antara fakta dan mitos. Ini adalah kerana warisan sejarah Kuala Kubu adalah antara sejarah yang paling unik dalam sejarah Malaysia dan pengkisahan sebenarnya sejarah ini masih banyak yang belum diketahui dan diketengahkan kepada khalayak awam.

1. Untuk menjalankan usaha menyelamatkan dan memelihara warisan sejarah dan budaya Daerah Hulu Selangor, disusuli dengan perlengkapan maklumat dan dokumentasi sebelum dibuku dan diterbitkan untuk sebaran kepada umum.
2. Sebagai penyebar maklumat dan mendidik masyarakat Daerah Hulu Selangor dan dari lain-lain tempat samada dari dalam Malaysia atau luar Negara.
a) menjalankan pameran-pameran yang diadakan beberapa kali sepanjang tahun untuk menarik orang ramai ke Muzium sekaligus menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
b) Menjalankan penyelidikan dan kajian ilmiah yang diterbitkan dalam bentuk buku, monograf, journal dan lain-lain lagi untuk melahirkan
masyarakat yang cintakan ilmu pengetahuan dan peka terhadap sejarah dan
budaya sendiri.
3. Memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya
sendiri, khususnya pennduduk Hulu Selangor, supaya artefak-artefak sejarah tidak dirosakkan atau dihapuskan, sebaliknya dipelihara untuk posterity.
4. Muzium sebagai institusi pendidikan dan pembelajaran dengan
menggalakkan program-progran sepserti:
a. Lawatan Berpandu.
b. Ceramah dan penjelasan kepada umum mengenai kemudahan yang ada di Muzium.
c. Mengadakan bengkel-bengkel program cuti sekolah untuk melatih pelajar sekolah untukbengkel penyediaan pameran, bengkel pemuliharaan dan lain-lain lagi.
d. Mengedarkan pamphlet, Buletin dan poskad sebagai hidangan ringan yang menyediakan maklumat ringkas sesuatu perkara seperti pameran, tempat bersejarah dan lain-lain.

5. Untuk menjadi Kuala Kubu Bharu sebagai satu lokasi menarik dan unik daya tarikan pelancongan, historical tourism, eco-tourism dan pusat lawatan.

 

Keterangan lambang dan warna logo

Gambar bukit di tengah-tengah logo mewakili Bukit Kutu iaitu puncak paling tinggi di Kuala Kubu yang melambangkan cita-cita persatuan untuk memertabatkan sejarah dan warna hijau membawa erti persekitaran Kuala Kubu yang masih hijau.

Manakala buaya putih pula adalah mitos yang menjadi punca empangan pecah di Kuala Kubu.

Warna kuning di bahagian atas logo pula melambangkan kedaulatan raja yang dijunjung.

Warna biru di bahagian bawah logo melambangkan air dari empangan pecah yang menenggelamkan Kuala Kubu.

Warna coklat yang mengelilingi logo membawa maksud pelancongan yang berkaitan dengan sejarah.