Pengenalan

Persatuan Sejarah Kuala Kubu telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan pada bulan April 2014 beralamat di JKR 111, Jalan Syed Mashor, Kuala Kubu Bharu, Selangor oleh (nama) yang tinggi minat dan keperihatinan terhadap nilai sejarah dan juga seni di Kuala Kubu.

Objektif Persatuan adalah seperti berikut: 

  1. menjalankan usaha menyelamat dan memelihara warisan sejarah dan budaya Kuala Kubu, dengan mengusahakan maklumat dan dokumentasi untuk diterbitkan dan disebarkan kepada umum. 
  2. mengadakan pameran-pameran untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai. 
  3. melakukan penyelidikan dan kajian ilmiah yang diterbitkan dalam bentuk buku, monograf, journal dll 
  4. memupuk semangat kesedaran masyarakat terhadap sejarah dan budaya sendiri, khususnya penduduk di Kuala Kubu, melalui aktiviti komuniti, lawatan, ceramah dsb supaya artefak-artefak sejarah tidak dirosakkan atau dihapuskan, sebaliknya dipelihara untuk posteriti.
  5. menjadikan Kuala Kubu Bharu sebagai satu lokasi menarik dan unik untuk meningkatkan pelancongan, historical tourism, eco-tourism dan pusat lawatan sejarah.