Pertubuhan mempunyai rancangan lima tahun (2021-2026) yang meliputi antara lain, projek-projek berikut:
- Penyelidikan – Pengumpulan dokumen dan artifak sejarah (berterusan)
- Penerbitan – Bangunan Warisan Kuala Kubu (2021-2022)
- Pameran – Galeri akan dibuka setiap minggu pada hari tertentu
- Seminar – Seminar kebangsaan berkenaan kaitan KKB dengan Bukit Fraser
- Syarahan Bulanan
- Pesta Seni
- Pertandingan – kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah
Untuk menyusun dan menjayakan aktiviti dengan lebih teratur, lima buah Biro telah ditubuhkan:
- Biro Penyelidikan dan Penerbitan (Ketua: Dr Zubaidah Ibrahim)
- Biro Dokumentasi (Ketua: Tuan Hj Syed Hassan)
- Biro Keahlian (Ketua: Pn Siti Noor Suhaida)
- Biro Ekonomi (Ketua: Hj Nor Azah)
- Biro Serantau (Ketua: Md Ridzuan Md Idris)
- Biro Pembangunan (Ketua: Hairiy Marazat)