Penubuhan

Pada 9hb Sept 2013, JK Penaja PESKUBU ditubuhkan.

Mesyuarat agung pertama telah diadakan pada 1hb Mei 2014, jam 2.30 ptg bertempat di Galeri Sejarah KKB. Hadir dalam mesyuarat ini adalah:

BilNamaNombor AhliLantikan Jawatan
1Abdul Wahab Bin Abdul Hamid001Pengerusi
2Ahmad Termizi Bin Yaacob004Naib Pengerusi
3Syed Hassan Bin Hj Syed Mohamad002Setiausaha
4Mohd Ridzuan Bin Md Idris005Pen Setiausaha
5Hj Abdul Sukor Bin Ali003Bendahari
6Mohamad Kholid Bin Hamzah006Ajk
7Ameer Bin Abdullah007Ajk
8Amrullah Bin Abdul Karim008Ajk
9Hjh Hamidah Bt   Saman013Juru Odit
10Hj Hairi Bin Mohd Sab012Juruodit
11Rihajuddin Bin Anwar Khas011Ajk
12Muhammad Hairiy Bin Marazat009Ajk
13Halidzan Bin Maarof010Ajk
14Norazizan Bin Nordin014Ajk

Turut hadir YB Lee Kee Hiong, ADUN Kuala Kubu Bharu.

Keterangan Lambang Dan Warna Logo PESKUBU

Gambar bukit di tengah-tengah logo mewakili Bukit Kutu iaitu puncak paling tinggi di Kuala Kubu yang melambangkan cita-cita persatuan untuk memertabatkan sejarah dan warna hijau mewakili persekitaran Kuala Kubu yang dikelilingi pokok-pokok.

Manakala buaya putih pula adalah mitos yang dikatakan menjadi punca empangan pecah di Kuala Kubu.

Warna kuning di bahagian atas logo pula melambangkan kedaulatan raja yang dijunjung.

Warna biru di bahagian bawah logo melambangkan air dari empangan pecah yang menenggelamkan Kuala Kubu.

Warna coklat yang mengelilingi logo membawa maksud pelancongan yang berkaitan dengan sejarah.