Aktiviti Tahun 2020

Nota: Mesyuarat telah diadakan pada setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan bermula bulan September.

Januari

  • Projek penerbitan buku burung Kuala Kubu telah dimulakan, Dr Zubaidah Ibrahim selaku penulis dan Zulkifli Din jurugambar akan memastikan manuskrip buku tersebut diselesaikan secepat mungkin.

Februari

  • Perbincangan tim buku dan penulisan buku berjalan lancar. 
  • Perancangan juga dibuat untuk majlis Rumah Terbuka sempena Pelancaran Buku yang dirancang pada bulan April 2020.

Mac

  • PKP bermula ekoran terjadinya wabak Covid-19. 
    Semua perancangan projek terpaksa dihentikan.

Julai

  • 19hb Julai 2020 – Aktiviti bersama YB June MP Hulu Selangor dan Penyerahan permohonan bantuan kepada beliau.

September

  • Lawatan ramah mesra ke pejabat Pegawai Daerah Hulu Selangor – Tn Hj Musa bin Hj Ramli pada 3hb September 2020.

Oktober: 

  • Penubuhan Biro-biro khas: Biro Dokumentasi, Biro Penyelidikan & Penerbitan, Biro Ekonomi, Biro Pembangunan dan Biro Serantau.
  • Rekabentuk kulit depan dan belakang buku telah disiapkan. Buku telah siap dicetak dan dikirimkan ke Pejabat Peskubu.


  • Menyerahkan kertas kerja cadangan dua panel informasi sejarah (Sir Henry Gurney dan Cecil Ranking) kepada PDT untuk kelulusan dan tindakan.

November: 

  • Galeri Sejarah di kunjungi  TV3 dan Jabatan Perancangan Bandar untuk penggambaran sempena 100 tahun perancangan bandar Malaysia.



  • Menyerahkan kertas kerja projek Resident Artist kepada Balai Seni Lukis Negara.
  • Lawatan ramah mesra ke pejabat YDP Majlis Daerah Hulu Selangor, Dr Mohd Azhar bin Hj Mohamad Ali. 


    Dengan YDP Majlis Daerah Hulu Selangor
  • Buku terbitan Peskubu yang terkini telah terbit: Birds of Kuala Kubu: from Gapi to Gap
  • Makan tengahari dengan penyokong setia Peskubu: YB Lee Kee Hiong.
  • Kunjungan dan makan tengahari bersama  YB Lee Kee Hiong ke galeri sejarah dan penyerahan 50 naskhah buku burung kepada beliau.

Disember: 

  • Pelancaran buku oleh YB Lee Kee Hiong akan diumum kelak.
  • Syarahan bulanan yang pertama oleh Prof (rtd) R.T. Bell.
  • Website Peskubu telah dikemas kini dilancarkan pada 18hb Disember, 2020.