PESKUBU amat menggalakkan mereka yang berminat dengan sejarah untuk menjadi ahli pertubuhan ini. Berikut dinyatakan maklumat penting tentang keahlian dan bagaimana untuk memohon menjadi ahli.
A. Jenis Keahlian :
- Ahli Biasa
- Ahli Kehormat
- Ahli Bersekutu
- Ahli Seumur Hidup
B. Syarat-syarat:
- Kewarganegaraan : Malaysia
- Umur Minima : 18 tahun
- Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Tempatan & Antarabangsa
- Keturunan/Bangsa : Tiada Maklumat
- Jantina : Semua
- Agama : Semua
C. Faedah
- Mengenal sejarah tempatan khususnya Sejarah Kuala Kubu,
- Menyertai aktiviti-aktiviti anjuran PESKUBU,
- Menyumbang khidmat kepada masyarakat setempat,
- Menyertai projek penyelidikan, penulisan dan penerbitan bahan rujukan sejarah tempatan.
D. Cara membuat permohonan
Pendaftaran keahlian Persatuan Sejarah Kuala Kubu secara dalam talian boleh dilaksanakan dengan dua kaedah:
1) Tuan/puan boleh mengisi maklumat peribadi tuan/puan secara dalam talian, hantar maklumat dan muat naik slip bank pembayaran keahlian dengan klik butang di bawah:
2) Tuan/puan boleh muat-turun dan isikan borang permohonan dengan lengkap. Kemudian imbaskan borang permohonan tersebut bersama slip bank pembayaran dan kirimkan ke emel Peskubu berikut:
peskubu2@gmail.com atau info@peskubu.org
> Nama dan nombor akaun bank Persatuan Sejarah Kuala Kubu adalah seperti berikut:
AGROBANK 1005481000066757
Nota: Pastikan nama dinyatakan dalam slip bank pembayaran. Permohonan yang disertakan dengan bukti pembayaran sahaja yang akan diproses.